Selepas berpisah hampir 30 tahun, seramai 18 orang ex-TIJB 1979-81 telah bertemu semula pada Sabtu 10/7/2010 bertempat di Gunung Lambak Eco Resort, Kluang. Bekas Pengawas dan atlit TIJB, Sdr Mohd Rashid Ibrahim telah memulakan langkah merangka program re-union ini bersama beberapa rakan karib yang lain. Pertemuan ini telah dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sdr Suliman Ahmad, mantan Kapten Asrama 1980/81 dan disusuli dengan pengenalan "semula" diri masing-masing. Selepas Solat Isyak berjemaah, mereka yang hadir telah menjamu selera sambil mengenang kisah-kisah silam dan berkongsi pengalaman masing-masing menerajui penghidupan selepas meninggalkan TIJB.
Sebuah kenangan yang manis.....
Pertemuan kali ini juga telah mencetuskan idea supaya Reunion yang lebih grand dari kalangan ex-TIJB 1979-1981 diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sdr Rashid telah dilantik sebagai Pengerusi J/kuasa program ini dan dianggotai oleh semua yang hadir.
Terima kasih kepada Sdr Rashid & keluarga dan semua yang hadir. Semoga kita bertemu lagi....
Yang pakai jubah tu, Kapten Asrama Suliman Ahmad
Group Photo tanpa Dato' Salleh dan Hadi
Yang pakai baju biru muda tu Razali Sarbini, 5M1
Yang baju warna krim tu Hafiz Pertanian, kini di UTM
Yang tekun makan tu Shamuddin Sulaiman, 5M1 kini Enviromental Specialist