14 July 2010

Mini Reunion di Gunung Lambak Eco Resort

Selepas berpisah hampir 30 tahun, seramai 18 orang ex-TIJB 1979-81 telah bertemu semula pada Sabtu 10/7/2010 bertempat di Gunung Lambak Eco Resort, Kluang. Bekas Pengawas dan atlit TIJB, Sdr Mohd Rashid Ibrahim telah memulakan langkah merangka program re-union ini bersama beberapa rakan karib yang lain. Pertemuan ini telah dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sdr Suliman Ahmad, mantan Kapten Asrama 1980/81 dan disusuli dengan pengenalan "semula" diri masing-masing. Selepas Solat Isyak berjemaah, mereka yang hadir telah menjamu selera sambil mengenang kisah-kisah silam dan berkongsi pengalaman masing-masing menerajui penghidupan selepas meninggalkan TIJB.

Sebuah kenangan yang manis.....

Pertemuan kali ini juga telah mencetuskan idea supaya Reunion yang lebih grand dari kalangan ex-TIJB 1979-1981 diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Sdr Rashid telah dilantik sebagai Pengerusi J/kuasa program ini dan dianggotai oleh semua yang hadir.

Terima kasih kepada Sdr Rashid & keluarga dan semua yang hadir. Semoga kita bertemu lagi....
Yang pakai jubah tu, Kapten Asrama Suliman Ahmad
Group Photo tanpa Dato' Salleh dan Hadi


Yang berbaju biru tu Murad, kini orang kuat di Bahagian Parol, Jabatan Penjara


Bisnesmen Hamzah Ibrahim, kini menetap di Trengganu






Membelek foto sejarah lama milik Rashid


Rashid menghidangkan sup kambing khusus untuk persediaan menonton World Cup





Tiga sekawan dari 5M2 - Ronizain, Hud & Rosni


Razli Yusuf bersama trio 5M2


Yang pakai baju biru muda tu Razali Sarbini, 5M1



Yang baju warna krim tu Hafiz Pertanian, kini di UTM


Yang tekun makan tu Shamuddin Sulaiman, 5M1 kini Enviromental Specialist

25 December 2009

Lagi masa kat SMT JB


Bersantai di depan sekolah dekat bengkel Bangunan



Bersantai kat kebun Pertanian



Bersantai kat depan sekolah




Dzul & Rosni semasa lawatan ke Pusat Sains Singapura



Bersiap sedia dengan overall nak ke Bengkel Mekanikal



Masa sesi belajar petang - Karim, Dzul, Hud, Veloo, Zul Samad


Buat bising dalam kelas - Mr Tee tak adalah tu....

Masih ingat tak lagi.....?

Lucu bila lihat gelagat kita masa bersekolah dahulu. Masih kenal tak mereka ini dan kat mana mereka sekarang?

Kelas 5M2

Jogging pagi Jumaat


Kat Jabatan Pelajaran Johor

Kat Kelas 5M2
Buat lukisan teknik semasa sesi belajar petang

Gambar 4 Zul


Zulkifli Samad, Dzulkifli Suleiman, Dr Zolkapli Buntat & Zulkifli Mahmud.

Gambar masa sekolah dulu

Inilah gambar kelas 5M2 yang dihantar oleh Sdr Dzulkefli Suleiman:


Dari kiri ke kanan:
Duduk - Rafiah Sadi, Hamka Abu Dardak, Vedaveloo, Rashid, Selamat Mohd Lahir, Mr Tee, Arwah Amirizam, Murad Abd Shukur, Zolkapli Buntat, lupa namanya, Azizan Harun.
Berdiri barisan hadapan - Mohd Kamal, Pui(?), Lupa lagi, Lupa, Zamri, Baharuddin Hamzah, Loo Fang Lan, Lupa la, Dzulkefli Suleiman, Lupa juga, Dato' Salleh Ismail, Hud Ali, Ahmad Shah Sumiri.
Berdiri barisan belakang - Norran Abdullah, Ronizain Ismail, Zainal, Rosni/Firdaus Jamali, Zulkefly Mahmud, Mastor, Karim, Zulkifli Samad, Fauzi Adon, Lupa, Lupa, Lupa, Arwah Muslim Majid, Razali.

Mungkin ada rakan-rakan yang dapat melengkapkan senarai nama di atas.

Wassalam.

24 November 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

Musim Haji tiba lagi. Lambaian Kaabah menggamit muslimin muslimat ke Baitullah. Semoga sahabat-sahabat bekas SMT JB 81 yang menyahut panggilan Kaabah itu dipermudahkan Allah dalam urusan haji mereka dan mendapat haji mabrur. Kepada sahabat-sahabat lain, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Hayatilah semangat Qurban dan ambillah iktibar dari peristiwa Qurban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Semoga kita diketemukan semula di dalam suasana riang ria dan sejahtera.

06 October 2009

Salam Aidil Fitri

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua teman. Semasa balik kampung tempohari, teringat nak lihat gambar-gambar lama semasa kita bersekolah di TIJB. Walaubagaimanapun, akibat ramai sanak saudara yang datang, terlupa pula nak selak album-album lama. Macamanapun, banyak gambar-gambar lama yang dah rosak kerana rumah orang tua saya terkena banjir 2 tahun lepas.

Oleh itu, kalau ada kawan-kawan yang ingin berkongsi gambar lama kita, bolehlah hantarkan gambar kepada saya di alamat mdkg@tm.net.my atau berikan alamat di mana kita boleh kongsi gambar-gambar.

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

Wassalam wbk

19 August 2009

Salam Pengenalan

Assalamualaikum wbk.

Selamat bertemu di alam siber kepada semua bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu khususnya dari kelas 5M2 1981. Setelah lebih 28 tahun tidak bersua muka, tentunya banyak perubahan yang berlaku dan blog ini diadakan khusus untuk ex-TIJB 1981 mengingati masa silam dan berhubung sesama sendiri. Insya Allah, satu masa terdekat ini, akan diusahakan agar satu majlis re-union diadakan bagi menjalinkan semula hubungan yang terputus.

Kepada ex-TIJB 1981, bolehlah bersembang di ruangan chat atau hantar komen melalui posting yang ada di blog ini.

Sehingga kita jumpa lagi.

Rosni @ Mohamad Firdaus Jamali.